fb fb fb fb fb

Terkini Gaza: Afrika Selatan tuntut tiga perintah ICJ terhadap Israel

Panel hakim ICJ di The Hague, Belanda/Foto AFP

THE HAGUE, 17 Mei - Afrika Selatan memohon supaya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan gencatan senjata kekal negara haram Israel di seluruh Gaza.

Afrika Selatan memfailkan dokumen permohonan itu kerana menyifatkan kejadian di Rafah sebagai operasi pembunuhan beramai-ramai kehidupan rakyat Palestin.

Peguam terkemuka Afrika Vusimuzi Madonsela berkata dalam perbicaraan dua hari sejak semalam dan hari ini memohon agar mahkamah tertinggi itu memerintahkan pencerobohan dihentikan serta-merta di Rafah.

Bagaimanapun, Israel dilaporkan akan memberi maklum balas mengenai tuntutan itu, hari ini.

ICJ pada Januari lalu mengarahkan Israel menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan membolehkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Bagaimanapun mahkmah tidak memerintahkan gencatan senjata seperti permohonan Afrika Selatan.

Sebelum ini, ICJ mengarahkan Russia untuk menghentikan pencerobohannya ke atas Ukraine, tetapi tidak berjaya.

TIGA PERINTAH KECEMASAN SEMENTARA

Afrika Selatan memohon supaya ICJ menetapkan tiga perintah kecemasan iaitu langkah sementara (provisional measures) tambahan ke atas Israel.

Pertama, menetapkan supaya Israel menghentikan serangan ketenteraan di Rafah dengan segera.

Kedua, Israel harus mengambil semua langkah berkesan untuk membenarkan akses tanpa halangan ke Gaza untuk pekerja bantuan kemanusiaan serta wartawan dan penyiasat.

Akhir sekali, meminta mahkamah agar Israel melaporkan kembali langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi perintah itu.

GENCATAN SENJATA KEKAL

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu lalu berkata seramai 600,000 orang melarikan diri dari Rafah sejak meningkatkan operasi ketenteraan dan serangan berterusan di kawasan itu.

“Sebagai hab kemanusiaan utama untuk bantuan kemanusiaan di Gaza, jika Rafah jatuh, Gaza juga akan jatuh.

“Dalam menyerang Rafah, Israel sedang menyerang ‘perlindungan terakhir’ di Gaza dan satu-satunya kawasan di semenanjung yang masih belum dimusnahkan de­ngan ketara oleh Israel,” menurut peguam Afrika yang diwakili Adila Hassim dalam penyerahan dokumennya.

Afrika Selatan menegaskan pandangannya bahawa satu-satunya cara untuk perintah mahkamah sedia ada dilaksanakan ialah gencatan senjata kekal di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berulang kali berkata bahawa Israel tidak boleh mengalahkan Hamas tanpa menghantar tentera darat ke Rafah untuk mencari baki pejuang yang masih ada.

Tetapi sekutu utama Israel, Amerika Syarikat dan Ke­satuan Eropah (EU) serta PBB, semuanya memberi amaran terhadap operasi besar di Rafah memandangkan ia akan menambah jumlah korban awam.

Zionis Israel melakukan pengeboman tanpa henti dari udara dan serangan darat di dalam Gaza yang membunuh lebih 35,233 orang, kebanyakannya orang awam, menurut kementerian kesihatan Gaza. – AFP

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN