fb fb fb fb fb

Terkesan masalah pengangkutan, Gazprom gantung penghantaran gas ke Itali

ROM, 1 Oktober- Syarikat perbadanan tenaga multinasional Rusia, Gazprom telah menggantung penghantaran gas kepada syarikat penapisan petroleum Itali, Eni susulan berlaku masalah pengangkutan di Austria.

"Gazprom memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat mengesahkan penghantaran jumlah yang diminta untuk hari ini.

Akibatnya, gas yang dihantar melalui Rusia ke Eni melalui pintu masuk Tarvisio adalah sia-sia", kata Eni dalam satu kenyataan.

Kebanyakan gas Rusia yang dihantar ke Itali melalui Ukraine melalui Trans Austria Gas Pipeline (TAG) ke Tarvisio di utara Itali di sempadan dengan Austria.

Sebelum perang di Ukraine, Itali mengimport 95 peratus gas dan kira-kira 45 peratus daripadanya datang dari Rusia.

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi telah menandatangani perjanjian baharu dengan pengeluar gas lain untuk mengurangkan pergantungan Itali pada Rusia.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu