fb fb fb fb fb

19 terbunuh dalam pertempuran di balai polis di Tehran

FOTO AFP

TEHRAN, 1 Oktober- Sekurang-kurangnya 19 terbunuh manakala 20 yang lain cedera dalam pertempuran di bandar Zahedan, tenggara wilayah Sistan-Baluchestan, Iran selepas sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata menyerbu sebuah balai polis.

Gabenor Wilayah, Hossein Modarres Khiabani memaklumkan kejadian berlaku selepas solat Jumaat di luar balai polis.

Video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan ngeri ketika mangsa yang cedera dibawa keluar di tengah-tengah kepulan asap dan tembakan.

Ketegangan semakin memuncak susulan kematian seorang wanita, Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis.

Sistan-Baluchistan yang dilanda kemiskinan bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan, adalah titik tumpuan pertempuran dengan kumpulan penyeludup dadah serta pemberontak dari minoriti Baluchi dan kumpulan pelampau Muslim Sunni.

"Sebilangan anggota polis serta orang yang lalu lalang telah cedera dalam baku tembak," kata penyiar negeri itu.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu