fb fb fb fb fb

Bank Dunia umum pembiayaan tambahan kepada Ukraine bernilai AS$530 juta

Foto Web Bank Dunia

WASHINGTON, 1 Oktober- Bank Dunia telah mengumumkan dana pembiayaan tambahan sebanyak AS$530 juta untuk Ukraine dalam usaha pemulihan dan keperluan mendesak susulan pencerobohan Rusia.

Menurut Bank Dunia dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan sokongan berbentuk pinjaman baharu daripada Bank Antarabangsa itu bertujuan untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan, dengan jaminan Britain bernilai AS$500 juta manakala bakinya AS$30 juta disokong oleh Denmark.

"Angka kemusnahan dan kerosakan di Ukraine adalah mengejutkan dan terus meningkat.

"Rakyat Ukraine mempunyai jalan yang panjang untuk pemulihan di hadapan dan rakan kongsi pembangunan perlu terus bersatu untuk menyokong pembinaan semula Ukraine," kata Anna Bjerde, naib presiden serantau bank untuk Eropah dan Asia Tengah dalam satu kenyataan.

Tambah Bjerde, Bank Dunia menganggarkan kos pembinaan semula dan pemulihan untuk Ukraine mencecah AS$100 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang namun dijangka akan meningkat sekiranya perang masih berterusan.

Hampir AS$13 bilion telah disalurkan menerusi pembiayaan kecemasan kepada Ukraine manakala AS$11 bilion daripadanya telah dikeluarkan.

Kongres AS pada Jumaat telah meluluskan pakej bantuan baru AS$12.3 bilion untuk Ukraine, termasuk AS$3.7 bilion bagi peralatan ketenteraan.

Pembiayaan baharu itu datang pada hari yang sama Presiden Rusia Vladimir Putin secara rasmi mengumumkan aneksasi empat kawasan yang dikuasai Moscow di Ukraine.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu