FLORIDA, 6 November- Calon Republikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa kemenangan dan berjanji untuk 'mengembalikan' AS.
Ini apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului undian majoriti, menewaskan Kamala Harris dalam kebangkitan semula ke White House.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, Trump mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negara itu, atas penghormatan memilihnya sebagai presiden yang baharu.
Trump berkata, walaupun kemenangannya tidak diisytihar secara meluas, beliau dan penyokong telah mencipta sejarah dalam persaingan ke White House.
"Kita telah mencipta sejarah dan mengatasi halangan yang tidak difikirkan oleh sesiapa pun.
"Ini adalah kemenangan hebat untuk rakyat AS yang akan membolehkan kita menjadikan AS hebat semula", katanya ketika berucap dihadapan ribuan penyokongnya di West Palm Beach, di sini. -AFP
BERITA BERKAITAN: