fb fb fb fb fb

Pilihan raya AS : Trump mendahului saingan sengit perebutan White House

FOTO AFP

WASHINGTON, 6 November- Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris, dan bekas presiden Republikan, Donald Trump, sedang bersaing sengit untuk merebut White House, selepas pusat-pusat undian ditutup secara berperingkat di seluruh AS pada Selasa, dijangka malam yang panjang untuk menunggu keputusan akhir.

Keputusan awal menunjukkan media AS mengunjurkan kemenangan untuk Trump setakat ini di Alabama, Florida, Indiana, Kentucky, Missouri, Oklahoma, South Carolina, Tennessee, dan West Virginia.

Harris pula unggul di Maryland, Massachusetts, Vermont, dan ibu negara, Washington, DC.

Setakat ini, Harris mengumpul 27 undi elektoral, manakala Trump memiliki 99. Untuk menang jawatan presiden, seorang calon memerlukan 270 undi elektoral.

Pemerhati menjangkakan pertandingan sengit mungkin akan ditentukan oleh beberapa negeri utama yang dikenali sebagai ‘battleground states’.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE