WASHINGTON, 6 November- Kemas kini perkembangan pilihan raya presiden Amerika Syarikat menyaksikan setakat ini, media AS telah mengunjurkan kemenangan Trump di 23 negeri, termasuk negeri besar seperti Texas dan Ohio, serta negeri medan pertempuran utama seperti North Carolina dan beberapa negeri lain yang biasanya cenderung kepada Republikan.
Harris pula telah memenangi 12 negeri, termasuk negeri dengan undi elektoral besar seperti California dan New York, serta ibu kota AS, Washington.
Secara keseluruhan, Trump kini mempunyai 227 undi elektoral, manakala Harris memiliki 172. Untuk memenangi pilihan raya presiden, seorang calon memerlukan sekurang-kurangnya 270 undi elektoral.
Pemerhati pilihan raya menjangkakan persaingan yang sangat rapat akan tertumpu pada beberapa negeri utama yang masih belum diputuskan.
Berikut, senarai negeri yang dimenangi oleh setiap calon dan jumlah undi elektoral mereka, berdasarkan unjuran media AS seperti CNN, Fox News, MSNBC/NBC News, ABC dan CBS:
HARRIS (172 undi)
California (54)
Colorado (10)
Connecticut (7)
Delaware (3)
District of Columbia (3)
Illinois (19)
Maryland (10)
Massachusetts (11)
New York (28)
Oregon (8)
Rhode Island (4)
Vermont (3)
Washington (12)
TRUMP (227 undi)
Alabama (9)
Arkansas (6)
Florida (30)
Idaho (4)
Indiana (11)
Iowa (6)
Kansas (6)
Kentucky (8)
Louisiana (8)
Mississippi (6)
Missouri (10)
Montana (4)
North Carolina (16)
North Dakota (3)
Ohio (17)
Oklahoma (7)
South Carolina (9)
South Dakota (3)
Tennessee (11)
Texas (40)
Utah (6)
West Virginia (4)
Wyoming (3)
Dengan undi elektoral yang semakin hampir untuk Trump, tumpuan kini terarah pada beberapa negeri yang belum diumumkan, yang akan menentukan nasib kedua-dua calon dalam perlumbaan sengit ini.-AFP