fb fb fb fb fb

Tentera Ukraine kekalkan kawalan di Soledar

(Tentera Ukraine melepaskan tembakan ketika
serangan Rusia terhadap Ukraine di Soledar/REUTERS)

KIEV, 15 Januari- Tentera Ukraine masih berjuang untuk mengekalkan kawalan ke atas Soledar di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Gabenor Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata situasi tersebut bercanggah dengan dakwaan Rusia bahawa tentera Moscow telah menawan bandar kecil tersebut.

Katanya, keadaan di bandar itu "sukar" dan tentera Rusia sedang mara dari pelbagai arah. Tambahnya, ramai tentera Rusia telah terkorban, termasuk anggota tentera upahan, Wagner.

"Soledar kekal di bawah kawalan tentera kami, walaupun terdapat pertempuran di jalanan dan juga pertempuran di luar bandar kerana musuh cuba mara ke beberapa arah. Musuh menanggung kerugian yang besar," kata Kyrylenko menerusi video yang disiarkan di aplikasi Telegram.


(Serangan Rusia ke atas Ukraine, di Soledar, wilayah Donetsk/Foto fai/REUETRS)

Soledar merupakan sebuah bandar kecil perlombongan garam, telah menjadi tumpuan serangan Rusia selama beberapa hari.

Reaksi Kyrylenko dibuat selepas Rusia berulang kali mengatakan bahawa tenteranya telah menguasai bandar itu. Pada masa sama, Ukraine telah berulang kali menafikan berkenaan pengambilalihan itu.

"Barisan hadapan sentiasa diserang dengan perintah tentera Ukraine bekerja untuk menstabilkan keadaan, mengurangkan kerugian dan memelihara nyawa anak lelaki kami", katanya.

Kyrylenko memaklumkan kira-kira 550 penduduk masih tinggal di Soledar yang mempunyai populasi penduduk kira-kira 10,000 orang sebelum peperangan Rusia-Ukraine.

Pakar ketenteraan berkata Soledar tidak mempunyai kepentingan strategik, namun mempunyai kepentingan politik, sebagai sebahagian daripada objektif Moscow untuk menawan wilayah Donetsk.-REUTERS

Media Baharu