fb fb fb fb fb

Pesawat LOT Poland tersasar dari 'taxiway' di Lapangan Terbang Vilnius

FOTO REUTERS

COPENHAGEN, 27 November - Sebuah pesawat penumpang LOT dari Poland tersasar dari landasan 'taxiway' di Lapangan Terbang Vilnius, Lithuania selepas tiba dari Warsaw pada Rabu, menyebabkan semua trafik penerbangan terhenti, menurut pihak pengurusan lapangan terbang.

Kesemua penumpang selamat turun dari pesawat tersebut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan, menurut kenyataan di Facebook lapangan terbang itu.

Pesawat Embraer EMBJ3.SA 170 itu membawa 63 penumpang dan empat kru, kata seorang jurucakap LOT di platform X.

“Selepas pendaratan, semua penumpang turun dengan selamat menggunakan tangga mudah alih dan kemudiannya dibawa ke terminal,” tambah jurucakap itu.

Lapangan terbang memaklumkan landasan akan ditutup sehingga pukul 7 malam dan menasihatkan penumpang yang dijadual berlepas dari Vilnius pada Rabu untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi maklumat lanjut mengenai penerbangan mereka.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE