fb fb fb fb fb

Kanak-kanak tujuh tahun kritikal insiden tembakan selepas pengebumian

(FOTO REUTERS)

LONDON, 15 Januari - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berada dalam keadaan kritikal dan lima lagi cedera dalam insiden disyaki tembakan sambil memandu pada satu majlis pengebumian di London, semalam.

"Insiden itu berlaku di sekitar sebuah gereja tatkala pengebumian sedang berlangsung. Siasatan awal mendapati tembakan dilepaskan dari kenderaan yang sedang bergerak yang kemudian meninggalkan tempat kejadian," kata Polis Met London dalam satu kenyataan.

(FOTO REUTERS)

Selain kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu, empat wanita dan seorang lagi kanak-kanak perempuan, 12 tahun cedera dalam kejadian berhampiran stesen kereta api Euston yang sibuk.

Kanak-kanak perempuan yang lain dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan kerana cedera ringan di kaki.

Seorang wanita berusia 21 tahun juga berada di sebuah hospital pusat di London dan kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Tiga wanita yang cedera dalam kejadian berhampiran stesen kereta api Euston yang sibuk itu berusia 41, 48, dan 54 tahun.

"Sebarang insiden tembakan tidak boleh diterima, tetapi bagi berbilang orang, termasuk dua kanak-kanak yang cedera dalam tembakan pada pertengahan petang Sabtu adalah mengejutkan.

“Siasatan ke atas serangan mengerikan ini sudah dijalankan dengan baik melibatkan pegawai tempatan dan detektif pakar,” kata Superintendan polis, Ed Wells.

Seorang saksi memberitahu laman web berita MyLondon, tembakan berlaku ketika orang berkabung yang menghadiri pengebumian bersama ibu dan anak perempuan menyaksikan burung merpati dilepaskan selepas upacara itu.-AFP

Media Baharu