fb fb fb fb fb

Tentera Mali tangkap 3 warga Eropah terbabit keganasan

BAMAKO, 13 April - Tiga warga Eropah yang disyaki terbabit dengan keganasan telah ditangkap di bahagian tengah Mali dalam operasi menentang kegiatan militan, kata tentera Mali tanpa memberikan butiran pengenalan.

(Foto fail)

"Penahanan dilakukan pasukan tentera Mali dari Diabaly pada 10 April. Lima suspek ditahan termasuk tiga warga Eropah," kata kakitangan turus am dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek.

Diperintah oleh junta tentera sejak Ogos 2020, Mali telah mengalami krisis politik sejak 2012.

Penyebaran ideologi militan dari utara telah merebak ke negara jiran Burkina Faso dan Niger. -AFP

 

Media Baharu