fb fb fb fb fb

Tentera Jordan hantar bantuan kemanusiaan melalui udara ke Gaza

Foto Fail Reuters

ZARQA, 17 Ogos – Tentera Jordan melaksanakan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ke Gaza pada Ahad, dalam usaha meringankan krisis kebuluran yang semakin meruncing di wilayah bergolak itu.

Dalam kenyataan rasmi, tentera Jordan memaklumkan bantuan tersebut merangkumi bekalan makanan dan susu bayi untuk penduduk Gaza.

Sejak lebih 22 bulan serangan ketenteraan Israel dilancarkan, penduduk Gaza terus berdepan krisis kebuluran yang semakin memburuk.

Namun, Israel menolak laporan mengenai kekurangan zat makanan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza, malah menafikan bertanggungjawab terhadap keadaan itu.

Tel Aviv turut menuduh Hamas mencuri bantuan, dakwaan yang dinafikan oleh pergerakan tersebut. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN