fb fb fb fb fb

Merz sertai Zelenskiy untuk perbincangan bersama Trump di Washington

Friedrich Merz / Foto Reuters

BERLIN, 17 Ogos – Canselor Jerman, Friedrich Merz akan mengiringi Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy bersama beberapa pemimpin Eropah lain ke Washington bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai perkembangan konflik Ukraine.

Menurut kenyataan Jerman pada Ahad, pertemuan itu akan menumpukan kepada isu jaminan keselamatan, kedudukan wilayah, serta sokongan berterusan kepada Ukraine dalam mempertahankan diri daripada pencerobohan Rusia.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa agenda mesyuarat melibatkan usaha mengekalkan tekanan melalui sekatan terhadap Moscow.

Mesyuarat tersebut diadakan susulan sidang kemuncak di Alaska pada Jumaat (15 Ogos) lalu antara Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN