fb fb fb fb fb

China berjaya lancar satelit ujian terbaharu

Foto Reuters

BEIJING, 17 Ogos – China melancarkan sebuah satelit ujian terbaharu dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah Sichuan, barat daya negara itu.

Satelit Shiyan-28B 02 dilancarkan pada pukul 4.55 petang waktu Beijing dengan menggunakan roket pembawa Long March-4C dan berjaya memasuki orbit yang telah ditetapkan.

Satelit berkenaan akan digunakan terutamanya untuk penerokaan persekitaran angkasa lepas serta ujian teknologi berkaitan.

Pelancaran itu merupakan misi penerbangan ke-589 bagi siri roket pembawa Long March. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN