fb fb fb fb fb

Tentera Israel sasar Rafah

FOTO AFP

GAZA, 31 Oktober - Tentera Israel terus menyasarkan serangan udara ke atas Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Serangan rejim zionis itu yang memasuki hari ke-25 mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap penduduk Palestin di Gaza yang hidup dalam kepungan.

Kereta kebal tentera Israel dilihat memandu melalui runtuhan bangunan Gaza yang hancur, jurucakap tentera Israel Daniel Hagari menyuruh rakyat Palestin untuk ke selatan "ke kawasan yang lebih selamat".

Meskipun berada di bandar sempadan Rafah, rakyat Palestin masih berjuang untuk mencari tempat selamat daripada serangan bom rejim zionis itu serta mengalami masalah kekurangan kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan. - Al Jazeera

TETITIA YUSOFF