SAINT-DENIS DE LA REUNION, 1 November- Empat orang maut dalam nahas helikopter di salah sebuah destinasi pelancongan paling popular di Lautan Hindi Perancis, wilayah Kepulauan Reunion, semalam.
Kemalangan tersebut berlaku di cirque de Salazie dekat Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) di pulau tropika tersebut.
Pesawat ringan terbabit dilapor melanggar batu dan terhempas di kawasan yang sukar diakses dengan jalan darat.
Operasi menyelamat besar-besaran dilancarkan melibatkan 35 anggota tentera dan kira-kira 30 anggota bomba.
Syarikat helikopter itu memaklumkan pesawat berkenaan digunakan untuk latihan dan sewaan bagi juruterbang swasta.
Kertas siasatan mengenai nahas telah dibuka oleh pendakwa raya.
Ia nahas helikopter kedua bagi tahun ini di wilayah sama yang mengorbankan seorang juruterbang pada awal Ogos lalu. -AFP