BAITULMAQDIS, 6 Mei - Angkatan tentera Israel telah mula memindahkan orang awam Palestin dari Rafah menjelang serangan terancam ke atas bandar Gaza di selatan, kata penyiar Israel hari ini.
Pihak tentera tidak memberikan pengesahan segera mengenai laporan itu menurut Radio Tentera.
Laporan itu menyatakan pemindahan kini tertumpu di beberapa daerah pinggir Rafah, yang mana, katanya, mangsa dipindahkan ke khemah di Khan Younis dan Al Muwassi berdekatan.
Tujuh bulan selepas serangan terhadap Hamas, Israel berkata Rafah menampung ribuan pejuang kumpulan Islam Palestin dan kemenangan itu mustahil tanpa menguasai bandar itu.
Namun dengan lebih sejuta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung di Rafah, prospek operasi yang melibatkan korban yang tinggi membimbangkan kuasa Barat dan negara jiran, Mesir. -REUTERS