fb fb fb fb fb

Hong Kong rekod cuaca paling panas pada Oktober

Foto REUTERS

HONG KONG, 4 November - Agensi cuaca Hong Kong pada Selasa melaporkan bahawa bandar itu mencatatkan suhu paling panas bagi bulan Oktober sejak rekod bermula, sekali gus mencetuskan kebimbangan pakar iklim tentang kesan pemanasan global.

Para saintis memberi amaran bahawa gelombang haba ekstrem dijangka menjadi lebih kerap dan lebih teruk akibat perubahan iklim, yang didorong oleh aktiviti manusia di seluruh dunia.

Menurut perkhidmatan cuaca rasmi Hong Kong Observatory (HKO), suhu panas luar biasa pada bulan itu disebabkan oleh “antisiklon udara atas yang lebih kuat daripada biasa, meliputi selatan China”, dan udara sejuk dari utara hanya tiba di perairan pantai selatan China pada akhir bulan tersebut.

“Suhu purata bulanan sebanyak 27.4°C dan suhu minimum purata bulanan 25.6°C merupakan yang tertinggi pernah dicatat bagi bulan Oktober,” kata HKO dalam kenyataannya.

Sementara itu, suhu maksimum purata bulanan, iaitu 29.9°C pula merupakan yang kedua tertinggi dalam rekod, tambahnya.-AFP

EZA YUSMAWATI YAACOP