MANILA, 4 November - Seorang maut manakala puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan selepas Taufan Kalmaegi (Tino) melanda wilayah tengah Filipina.
Agensi bencana negara memaklumkan, puluhan ribu penduduk di wilayah Visayas, termasuk sebahagian selatan Luzon dan utara Mindanao, telah dipindahkan ke pusat perlindungan bagi mengelak risiko banjir dan ribut.
Imej radar cuaca menunjukkan laluan taufan itu dari awal hingga tengah hari Selasa, membawa hujan lebat, angin kencang serta ombak besar di beberapa kawasan.
Sementara itu, agensi kaji cuaca negara PAGASA menjelaskan bahawa gabungan kesan Taufan Kalmaegi dan garisan ricih menyebabkan hujan lebat serta angin kencang melanda kawasan Visayas dan sekitarnya.
Kalmaegi, dijangka bergerak merentasi wilayah Visayas sebelum keluar ke arah Laut China Selatan menjelang Rabu. -REUTERS