fb fb fb fb fb

Pemimpin Korea Utara beri penghormatan terakhir untuk Kim Yong-nam

FOTO VIORY

PYONGYANG, 4 November - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menziarahi jenazah bekas Presiden Presidium Perhimpunan Agung Rakyat Tertinggi, Kim Yong-nam di sini.

Imej yang disiarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Selasa menunjukkan pemimpin berkenaan berdiri di hadapan keranda mendiang bagi memberi penghormatan terakhir.

Yong-nam, 97 tahun, meninggal dunia pada Isnin akibat kegagalan pelbagai organ berkaitan kanser.

Beliau memegang jawatan sebagai Presiden Presidium Perhimpunan Agung Rakyat Tertinggi dari tahun 1998 hingga 2019, dan menjadikannya ketua negara secara rasmi selama lebih dua dekad.

Mendiang turut dikenang sebagai pegawai tertinggi Korea Utara terakhir yang melawat Korea Selatan pada 2018, bersama adik perempuan Kim Jong-un, Kim Yo-jong, untuk menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.

Menurut KCNA, majlis pengebumian negara akan diadakan pada Khamis bagi memperingati jasa mendiang. -VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM