BEIJING, 4 November - Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin di Beijing, lapor televisyen pusat china (CCTV) pada Selasa.
Menurut laporan itu, Xi menyatakan bahawa kedua-dua negara perlu terus memperluas pelaburan bersama serta kerjasama dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan pembangunan hijau.
Pertemuan itu diadakan di Dewan Besar Rakyat, sehari selepas Perdana Menteri China, Li Qiang, bertemu Mishustin di bandar Hangzhou.
Dalam pertemuan itu, Li menegaskan hasrat China untuk memperkukuh kerjasama dengan Rusia serta mempertahankan kepentingan keselamatan bersama. -REUTERS