fb fb fb fb fb

Jepun sahkan wabak selesema burung ketiga musim ini

Foto AFP

TOKYO, 4 November - Wabak selesema burung berpatogen tinggi disahkan berlaku di sebuah ladang ternakan ayam di wilayah tengah Jepun, Niigata, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Kerajaan Wilayah Niigata mengesahkan wabak itu berlaku di sebuah ladang di Bandar Tainai, dengan sejumlah 630,000 ekor ayam penelur akan ditakai.

Pegawai berkata ladang terbabit melaporkan peningkatan jumlah kematian ayam pada pagi Isnin, sebelum ujian awal virus menunjukkan keputusan positif, diikuti analisis genetik terperinci dijalankan.

Kes terbaharu tersebut menandakan wabak selesema burung ketiga yang disahkan di ladang ternakan di Jepun bagi musim ini.

Kes pertama di negara itu disahkan pada 22 Oktober di Bandar Shiraoi, wilayah paling utara Hokkaido, diikuti kes kedua di Bandar Eniwa, juga di Hokkaido, pada Ahad.- BERNAMA

EZA YUSMAWATI YAACOP