fb fb fb fb fb

Filipina cuba redakan ketegangan di Laut China Selatan

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr / Foto Reuters

MANILA, 6 Mei - Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr berkata negara itu tidak akan menggunakan meriam air atau sebarang senjata bagi mengawal ketegangan di Laut China Selatan.

"Kami tidak akan mengikut pengawal pantai China dan kapal China di laluan itu," kata Marcos, sambil menambah bahawa misi tentera laut dan pengawal pantai Filipina adalah untuk meredakan ketegangan, dan tidak ada rancangan untuk memasang meriam air di atas kapal.

Kedutaan China di Manila tidak segera bertindak membalas komen tersebut.

Minggu lalu, Manila membantah penggunaan meriam air oleh Beijing terhadap kapal Filipina di beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan, menyifatkannya sebagai gangguan dan "gerakan berbahaya", selepas peningkatan ketegangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

China menuntut kedaulatan ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, saluran untuk lebih AS$3 trilion perdagangan tahunan bawaan kapal, termasuk bahagian yang dituntut oleh Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Tribunal antarabangsa pada 2016 berkata tuntutan China itu tidak mempunyai asas undang-undang sekali gus ditolak oleh Beijing.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN