fb fb fb fb fb

Tentera Israel bunuh enam orang, termasuk doktor di Tebing Barat

Foto AFP

NABLUS, 26 November - Tentera Israel membunuh enam rakyat Palestin di Tebing Barat pada Sabtu, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Seorang doktor berusia 25 tahun dilaporkan telah dibunuh pada awal pagi di luar rumahnya di Qabatiya, berhampiran Jenin, kubu kuat kumpulan bersenjata Palestin di utara wilayah itu.

Seorang lagi warga Palestin terbunuh di el-Bireh, berdekatan Ramallah.

Empat orang turut dilaporkan terbunuh dalam tembakan tentera Israel di Jenin, ketika sejumlah besar pencerobohan kenderaan berperisai ke bandar tersebut.

Seorang saksi memberitahu AFP pada Sabtu bahawa tentera Israel mengelilingi hospital awam Jenin dan klinik Ibn Sina dan menggeledah ambulans.

Saksi turut memaklumkan pertempuran berlaku menggunakan senjata automatik.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN