fb fb fb fb fb

Tentera Israel bunuh dua rakyat Palestin di Tebing Barat

Foto Reuters

RAMALLAH, 27 April - Tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin di Tebing Barat, kata jurucakap tentera hari ini (Sabtu).

Kedua-dua rakyat Palestin itu didakwa melepaskan tembakan daripada sebuah kenderaan ke arah pos kawalan tentera berdekatan bandar Jenin.

Tentera Israel mengeluarkan foto yang menunjukkan dua senapang automatik yang dikatakan digunakan oleh para penyerang bagi melepaskan tembakan terhadap tentera berkenaan.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa berkata pihak keselamatan negara itu mengesahkan pembunuhan dua lelaki berkenaan, manakala dua orang lagi cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat yang menyaksikan peningkatan keganasan selepas Israel meningkatkan tekanan dalam perangnya menentang kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Keganasan di Tebing Barat semakin memuncak sebelum tercetusnya perang di Gaza.

Keganasan berkenaan bermula sejak Israel melakukan serbuan di wilayah berkenaan.

Tebing Barat dan Gaza merupakan wilayah yang diduduki Israel selepas perang enam hari pada 1967 dan merupakan wilayah yang diingini Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Namun, rundingan damai berkenaan perkara itu yang ditaja Amerika Syarikat (AS) gagal sejak sedekad lalu.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD