GENEVA, 27 April- Sisa serangan dan bangunan runtuh yang dicetuskan rejim zionis di Palestin dijangka mengambil masa sehingga 14 tahun untuk dibersihkan, kata pegawai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.
Serangan dahsyat dan tidak berperikemanusiaan oleh Israel ke atas Gaza mengurangkan sebahagian besar wilayah pantai dengan 2.3 juta penduduk yang kebanyakannya orang awam kehilangan tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit.
Pegawai Kanan di Perkhidmatan Tindakan Galian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNMAS) Pehr Lodhammar berkata, perang dahsyat itu meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan.
Beliau menyatakan, proses pembersihan dijangka mengambil masa kira-kira 14 tahun dalam satu taklimat di Geneva.
"Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada peluru sasaran gagal berfungsi, namun angka itu sukar untuk dipastikan," katanya.
"Kami bercakap tentang proses pembersihan kawasan Gaza yang dijangka mengambil masa kira-kira 14 tahun dengan bantuan 100 trak."
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan yang dicetuskan oleh rejim zionis Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 34,305 rakyat Palestin terbunuh manakala 77,293 yang lain cedera.- REUTERS