fb fb fb fb fb

Pejuang Houthi dakwa serangan peluru berpandu mengenai kapal Andromeda Star

Kapal Minyak Andromeda Star/ Foto AFP

KAHERAH, 27 April - Pejuang Houthi mendakwa peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan terbabit mengenai kapal minyak Andromeda Star di Laut Merah ketika serangan terhadap kapal-kapal komersial di Laut Merah diteruskan Houthi.

Serangan di Laut Merah bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada perjuangan kumpulan Hamas menentang Israel di Gaza.

Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kumpulan pejuang Houthi melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke Laut Merah melalui Yaman dan mengakibatkan kerosakan kecil kepada kapal Andromeda Star.

"Kerosakan terhadap kapal itu dilaporkan oleh kapten kapal berkenaan", kata firma keselamatan Maritim Britain, Ambrey.

"Peluru berpandu tersebut mengenai kapal kedua, MV Maisha, namun tiada sebarang kerosakan dilaporkan", kata Pusat Kawan Tentera AS di laman media sosial X.

Sementara itu, jurucakap kumpulan pejuang Houthi, Yahya Sarea berkata kapal Andromeda Star yang didaftarkan di bawah bendera Panama dan dimiliki oleh warga British. Namun semakan data berkaitan kapal berkenaan menunjukkan kapal tersebut telah dijual menurut data LSEG dan Ambrey.

Kapal Andromeda Star kini didaftarkan oleh pemilik baharu di Seychelles.

Kapal berkenaan dipercayai mempunyai kaitan perdagangan dengan Rusia dan dalam perjalanan dari Primorsk, Rusia ke Vadinar, India kata Ambrey.

Serangan terhadap Andromeda Starhadir selepas penanguhan seketika kempen seranganHouthi yang menyasarkan kapal-kapal di Laut Merah yang mempunyai hubungan dengan AS, Israel dan Britain.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD