fb fb fb fb fb

Tentera AS aktif di Puerto Rico, ketika ketegangan dengan Venezuela memuncak

Foto REUTERS

PONCE, 21 Disember- Aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan meningkat di Puerto Rico apabila sebuah pesawat Tentera Udara AS jenis C-17 Globemaster III dilihat berlepas dari Lapangan Terbang Mercedita di Ponce, sementara kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut AS, USS Thomas Hudner, meninggalkan Port of the Americas di pantai selatan pulau itu.

Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini menghantar ribuan anggota tentera ke rantau Caribbean, termasuk kapal pengangkut pesawat, kapal perang dan jet pejuang.

Selain itu, melancarkan serangan terhadap kapal yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah, merampas sebuah kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan di perairan Venezuela serta mengisytiharkan “sekatan” ke atas semua kapal tangki minyak yang keluar masuk negara itu.

Trump turut berulang kali menyatakan serangan darat ke atas Venezuela akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan jenayah terancang dan mendakwa AS cuba menyingkirkannya bagi menguasai rizab minyak negara itu. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM