(Penganut Hindu menyucikan diri di Sungai Yamuna)
NEW DELHI, 28 Oktober- Menjelang perayaan 'Chhath Puja' atau tuhan Matahari, penganut Hindu di New Delhi menyucikan diri di perairan Sungai Yamuna pada Khamis .
Buih tercemar yang mengandungi toksik di permukaan itu telah menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu. Menurut aktivis ia akibat pembuangan kumbahan yang tidak dirawat dan tidak dipantau ke dalam sungai.
"Kami melihat sungai itu tercemar dan berharap sungai itu bersih. Air sungai yang bersih ini baik untuk kami. Walaupun airnya kotor, kami tetap menyucikan diri dengan nama Yamuna," kata penganut agama itu, Beena Devi.
Sementara itu, udara di India juga berdepan pencemaran yang ketara dengan asap menyelubungi New Delhi dan bandar Ghaziabad.
Berikutan kualiti udara kekal dalam kategori tidak selamat, ia menyebabkan masalah pernafasan bagi penduduk setempat.
Delhi merupakan ibu kota paling tercemar di dunia dan udaranya menjadi sangat teruk semasa musim sejuk apabila udara yang sejuk memerangkap habuk, pelepasan kenderaan dan asap daripada tanaman yang terbakar di negeri berdekatan.-REUTERS
(Buih tercemar dan udara kategori tidak selamat di New Delhi)