(Rafael Grossi, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA))
NEW YORK, 28 Oktober- Ketua badan pemerhati nuklear PBB pada Khamis berkata ujian nuklear Korea Utara ketujuh akan menjadi "pengesahan program membimbangkan itu dan hampir siap pelaksanaannya."
"Semua orang ternanti-nanti tentang perkara tersebut," kata Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi. "Sudah tentu ujian lanjut dilakukan, bermakna mereka sedang memperhalusi persiapan dan pembinaan senjata mereka."
Dia memberitahu pemberita di New York bahawa IAEA mengikuti perkembangan itu dengan rapat dan "berharap ia tidak berlaku dan akan tersasar ke arah lain."
Amerika Syarikat dan sekutunya percaya Korea Utara mungkin akan menyambung semula ujian bom nuklear buat kali pertama sejak 2017.-REUTERS
(Rafael Grossi di United Nation