fb fb fb fb fb

Kes tibi kembali meningkat

(Graf menunjukkan bilangan kematian tibi mengikut 
rantau dunia antara tahun 2000 dan 2021/Foto AFP)

GENEVA, 28 Oktober- Bilangan kes tibi kembali meningkat selepas lebih 20 tahun.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis, peningkatan itu berpunca daripada pandemik COVID-19 yang telah mengganggu diagnosis dan rawatan.

Tibi kembali meningkat selepas beberapa tahun merosot, membunuh sekitar 1.6 juta orang pada 2021, meningkat 14 peratus dalam tempoh dua tahun.

Pengarah program tibi global WHO, Tereza Kasaeva berkata ini merupakan "detik penting" dalam memerangi penyakit tersebut.

"Buat pertama kali dalam hampir dua dekad, WHO melaporkan peningkatan dalam bilangan orang yang jatuh sakit akibat tibi, di samping peningkatan kematian disebabkan penyakit itu," katanya.

(Tereza Kasaeva)

Dianggarkan 10.6 juta orang menghidap tibi pada 2021, peningkatan 4.5 peratus berbanding 2020, kata WHO dalam laporan tibi tahunannya.

Lapan negara menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah keseluruhan kes global iaitu India, Indonesia, China, Filipina, Pakistan, Nigeria, Bangladesh dan Republik Demokratik Congo.-AFP

Media Baharu