fb fb fb fb fb

Musk pecat tiga orang kuat Twitter sejurus ambil alih

(Foto Hiasan / REUTERS)

SAN FRANCISCO, 28 Oktober- Lelaki terkaya dunia, Elon Musk mengambil alih platform Twitter dan memecat eksekutif tertingginya pada Khamis.

Musk memecat Ketua Eksekutif Parag Agrawal, serta Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Ned Segal dan Ketua Keselamatannya, Vijaya Gadde lapor Washington Post dan CNBC.

Ketiga-tiga individu itu dipecat ekoran tuduhan mengelirukan mengenai jumlah akaun spam di platform tersebut.

Agrawal dan Segal berada di ibu pejabat Twitter di San Francisco ketika perjanjian itu dimeterai dan kedua-dua dilihat diiringi keluar dari bangunan tersebut.

Pengambilalihan Twitter oleh Musk dimeterai pada nilai AS$44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu.

Sejurus selepas memeterai perjanjian, Musk mengubah profil pada akaun rasmi ke “Chief Twit”.

Antara rancangan awal Musk ialah untuk menjadikan Twitter sebuah aplikasi super seperti WeChat.

Musk turut dirakam berjalan di lobi ibu pejabat Twitter sambil membawa sebuah singki. - REUTERS


(Elon Musk membawa sebuah singki ketika berjalan di lobi ibu pejabat TWITTER / REUTERS)

Media Baharu