fb fb fb fb fb

Skandal tenaga AS$100 juta: Zelenskiy tegaskan tiada tolak ansur terhadap rasuah

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy/Foto REUTERS

KIEV, 11 November – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menegaskan tiada siapa akan terlepas daripada hukuman jika didapati terlibat dalam kegiatan rasuah, susulan pendedahan skandal bernilai AS$100 juta dalam sektor tenaga negara itu.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden Ukraine pada Isnin, Biro Anti-Rasuah Negara telah membongkar satu skim sogokan besar yang dikatakan melibatkan bekas penasihat kepada Menteri Tenaga serta Ketua Keselamatan syarikat tenaga nuklear nasional, Energoatom.

Siasatan yang dijalankan selama 15 bulan itu membawa kepada puluhan serbuan dan penyitaan sejumlah besar wang tunai dalam pelbagai mata wang, dipercayai hasil daripada aktiviti haram tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan, Energoatom mengesahkan pejabatnya turut diserbu dan memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam membantu siasatan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN