fb fb fb fb fb

Ikrar iklim dunia dijangka kurangkan pelepasan 12% menjelang 2035 - PBB

Foto REUTERS

BELEM, 11 November – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan usaha negara-negara dunia dalam menangani perubahan iklim dijangka menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 12% menjelang tahun 2035.

Setiausaha Eksekutif Perubahan Iklim PBB, Simon Stiell berkata demikian semasa sesi pembukaan Sidang Kemuncak Iklim COP30 di Belem, Brazil, pada Isnin.

Beliau turut menegaskan cabaran besar masih menanti dalam mencapai sasaran tersebut, sambil mendedahkan bahawa sumbangan Amerika Syarikat (AS) kepada bajet organisasi bagi tahun fiskal akan datang akan dibiayai melalui derma sukarela.

Amerika Syarikat, yang merupakan penyumbang utama pelepasan gas rumah hijau, tidak menghadiri sidang kemuncak tahun ini selepas Presiden Donald Trump menegaskan secara salah bahawa perubahan iklim hanyalah “penipuan.”

Sementara itu, Brazil selaku tuan rumah berjaya mencapai persetujuan mengenai agenda sidang dua minggu tersebut yang diadakan di bandar Belem, wilayah Amazon.

Langkah itu berjaya menangkis tekanan daripada blok negara membangun yang cuba memasukkan isu sensitif seperti pembiayaan iklim dan cukai karbon ke dalam rundingan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN