(Petugas kesihatan China sedang menyediakan vaksin COVID-19 jenis sedut/REUTERS)
SHANGHAI, 28 Oktober- Shanghai melancarkan vaksin COVID-19 yang boleh disedut pada Selasa sebagai vaksin penggalak, menurut Shanghai Media Group (SMG), kerana bilangan kes COVID-19 semakin meningkat di China.
Pemvaksinan jenis sedut itu melibatkan dua langkah - vaksin akan diwapkan dan kemudian akan disedut, seperti yang dilaporkan oleh SMG. Penerima perlu menarik nafas yang dalam melalui mulut selama 15 saat dan kemudian menahan nafas selama lima saat lagi.
Menurut seorang penduduk Shanghai, Chen, "vaksin ini sangat mesra. Ia seperti sedang menghirup teh susu, dan rasanya sedikit manis apabila disedut. Saya dengar ia boleh mengurangkan beberapa penularan jangkitan."
Bagi seorang penduduk yang tidak mahu dikenali identitinya berkata, "saya tidak perlu mendapatkan suntikan, ia lebih cepat. Rasanya lebih mudah untuk orang menerimanya."
China pada Khamis melaporkan lebih 1,000 kes COVID-19 baharu di seluruh negara untuk hari ketiga berturut-turut, mencetuskan lebih banyak sekatan di seluruh negara.
Presiden China Xi Jinping mengulangi kesahihan strategi sifar-COVID-19 dan menekankan keberkesanannya pada Kongres Parti Komunis ke-20 minggu lalu.- REUTERS
(Chen sedang mendapatkan vaksin COVID-19 jenis sedut/REUTERS)