fb fb fb fb fb

Tembakan peluru berpandu balistik, tindakan Korea Utara 'sangat tidak boleh diterima'

(Foto fail pelancaran misil dan projektil Korea Utara/Foto REUTERS)

TOKYO, 2 November- Jepun menyifatkan tembakan peluru berpandu balistik terbaharu Korea Utara hari ini 'sangat tidak boleh diterima' dan berkata aduan telah dibuat sebagai bantahan melalui saluran diplomatik di Beijing.

Korea Utara dipercayai telah melancarkan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu balistik, satu terbang menghala ke timur dan satu lagi ke tenggara, kata Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada.

"Korea Utara telah berulang kali melancarkan peluru berpandu pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan cara baharu yang tidak pernah kita lihat," kata Hamada kepada pemberita.

"Tindakan itu mengancam keamanan dan kestabilan Jepun, rantau yang lebih luas serta masyarakat antarabangsa," tambahnya.

(Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada/Foto REUTERS)

Pelancaran peluru berpandu balistik itu dibuat hanya beberapa jam selepas Pyongyang menuntut Washington dan Seoul menghentikan latihan ketenteraan berskala besar mereka.

Terbaharu, dinamakan 'Vigilant Storm' yang bermula pada Isnin, dengan mengatakan "kegelapan dan provokasi ketenteraan tidak lagi boleh diterima."-REUTERS

 

Media Baharu