fb fb fb fb fb

Colombia isytihar darurat bencana

(Gustavo Petro/Foto AFP)

BOGOTA, 2 November- Colombia mengisytiharkan darurat bencana pada Selasa, selepas hujan lebat meragut lebih 200 nyawa dalam tempoh beberapa bulan.

Presiden, Gustavo Petro mengeluarkan dekri itu selepas taburan hujan yang direkodkan setakat ini, tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

"Paras hujan yang direkodkan pada 2022 setakat ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun lalu," katanya kepada pemberita di Bogota sebelum berlepas ke Venezuela untuk pertemuan dengan rakan sejawatannya, Nicolas Maduro.

Menurut Petro, banjir yang berlaku mengakibatkan 266 orang maut.

Manakala kemusnahan tanaman, memburukkan lagi peningkatan inflasi makanan.

(Pemandangan menunjukkan rumah dinaiki air selepas taufan Julia 
membadai Pulau San Andres, Colombia pada 9 Oktober 2022/Foto REUTERS)

Pengisytiharan darurat bencana membolehkan kerajaan menyalurkan AS$100 sebulan kepada setiap keluarga terjejas.

Beliau turut mengarahkan penubuhan "jawatankuasa" khas untuk memastikan bahawa penduduk di kawasan yang terjejas akibat banjir atau kehilangan tanaman menerima makanan tiga kali sehari.-AFP

Media Baharu