COLOMBO, 10 Mei - Beberapa das tembakan dilepaskan dari dalam kediaman rasmi Perdana Menteri Sri Lanka pada Isnin, ketika beribu-ribu penunjuk perasaan merempuh pintu pagar utama dan membakar sebuah trak, lapor seorang wartawan AFP.
Polis juga melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bertindak balas terhadap serangan ke atas mereka pada awal hari oleh kumpulan yang setia kepada Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa.
Sumber polis mengesahkan, tembakan telah dilepaskan ke udara untuk menghalang perusuh melanggar lingkaran keselamatan dalaman kediaman Perdana Menteri.
(Sebuah bas terbakar berhampiran kediaman rasmi Perdana Menteri Sri Lanka
Mahinda Rajapaksa, di Colombo 9 Mei 2022/AFP)
Rajapaksa yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada awal Isnin, masih bersembunyi di kediaman itu bersama beberapa penyokong setia. -AFP