JENIN, 10 April – Tentera Israel bertindak membunuh seorang rakyat Palestin kerana disyaki terlibat dalam serangan tembakan yang mengorbankan tiga penduduk Yahudi di sebuah bar di Tel Aviv.
Menurut sumber, tentera Yahudi telah menjejaki pemuda tersebut dan mengepung kediamannya sebelum berlaku kejadian tembak menembak antara kedua pihak.
(FOTO REUTERS)
Turut cedera beberapa orang rakan yang berada di kawasan berhampiran kediaman pemuda tersebut.
Ketegangan antara Israel-Palestin memuncak setiap kali menjelang bulan Ramadan.
Antara provokasi yang dilakukan tentera haram Yahudi termasuk melarang umat Islam Palestin memasuki perkarangan Masjid Al Aqsa bagi mengerjakan sembahyang sunat tarawih yang dianggap sebagai punca kejadian tembakan di bar tempoh hari. - REUTERS