fb fb fb fb fb

Pencawang runtuh, Nigeria bergelap

ABUJA, 10 April - Beberapa bandar di Nigeria termasuk ibu negara Abuja bergelap apabila beberapa pencawang utama runtuh.

Jurucakap kepada syarikat pengagihan elektrik Kaduna, Abdulazeez Abdullahi dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya kesal dan bertanggungjawab dengan kejadian tersebut.

"Kami di Kaduna elektrik dengan rasa kesal memaklumkan bahawa gangguan semasa yang dialami adalah akibat runtuhan beberapa pencawang di grid nasional dan ia sedang dibaik pulih pada masa sama ketika kenyataan ini dikeluarkan," katanya dalam kenyataan.


(FOTO AFP)

Menurut laporan, kejadian pukul 6:30 petang itu disebabkan struktur pada kerangka yang sudah usang.

Ia kejadian kelima tahun ini mengakibatkan gangguan berpanjangan di beberapa bahagian dalam negara.

Antara yang terjejas termasuk Bauchi, Benue, Gombe dan Plateau. - AFP

Media Baharu