DUBAI, 10 April - Presiden Iran, Ebrahim Raisi bertegas mempertahankan hak Tehran untuk membangunkan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan.
Ujar beliau lagi, ia harus dihormati dan diterima semua pihak yang terlibat dalam perbincangan bagi memulihkan perjanjian nuklear 2015.
Dalam ucapan sempena Hari Teknologi Nuklear Iran, Raisi berkata keputusan Iran tidak akan berubah dalam usaha memperkaya industri nuklear negara itu.
"Untuk kesekian kalinya, mesej kami dari Tehran ke Vienna adalah sama. Ia adalah hak kami. Hak rakyat Iran," katanya.
(Presiden Iran, Ebrahim Raisi / Foto REUTERS)
Rundingan antara negara itu dengan Amerika Syarikat terhenti selama 11 bulan setelah kedua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung isu terbabit
Antara tawaran negara Uncle Sam itu adalah mengeluarkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran daripada senarai hitam pertubuhan pengganas asing (FTO) sebagai balasan kepada jaminan Iran mengecilkan skop pembangunan industri nuklearnya.- Reuters