fb fb fb fb fb

Konflik Russia-Ukraine terus berlarutan, saling tudung menuduh

UKRAINE, 10 April - Russia dan Ukraine saling tuduh menuduh antara satu sama lain mengenai serangan terhadap sebuah stesen keretapi di Kramatorsk, Donetsk pada Jumaat selepas konflik antara kedua-dua negara berlanjutan.

Pihak berkuasa Donetsk memaklumkan, sekurang-kurangnya 52 orang termasuk empat kanak-kanak terbunuh dalam serangan roket terhadap stesen berkenaan.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, menuduh pertahanan Rusian melancarkan serangan berkenaan.

Penasihat Presiden Alexei Arestovich mendakwa, peluru berpandu yang ditemukan berhampiran stesen tersebut adalah senjata milik Rusia.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Kementerian Pertahanan Rusia menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, analisis yang dijalankan menunjukkan, peluru berpandu itu dilancar dari barat daya Kramatorsk.

Manakala, Batalion brigade Ukraine yang dilengkapi sistem peluru berpandu Tochka-U berada 45 kilometer dari kawasan tersebut.

Mengenai rundingan, Menteri Luar Sergei Lavrov berkata, walaupun rundingan dengan Ukraine tidak mudah untuk mencapai kemajuan pihak Rusia akan memastikan semua matlamat dicapai menerusi proses tersebut.

Senarai negara yang akan menyediakan jaminan keselamatan buat Ukraine juga sedang dibincangkan.

Penasihat Ketua pejabat Presiden Ukraine Mykhailo Podoliak berkata, walaupun insiden di Bucha menjejaskan atmosfera rundingan Russia-Ukraine, pasukan kerja kedua-dua pihak mengenai diplomasi, ketenteraan dan hal ehwal perundangan terus berunding secara dalam talian.

Delegasi daripada kedua-dua pihak sedang mengusahakan teks jaminan keselamatan kepada Ukraine, bertujuan menamatkan perang secepat mungkin.

(Boris Johnson dalam sidang media bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy
semasa lawatan mengejutnya ke Kyiv)

Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain Boris Johnson menyifatkan, tindakan Presiden Russia Vladimir Putin di Bucha dan Irpin sebagai jenayah perang.

Lawatan Johnson itu adalah lawatan terbaharu pemimpin luar ke Kyiv selepas tentera Russia berundur daripada kawasan utama di utara ibu kota Ukraine, lebih seminggu lalu.

Johnson turut menawarkan bantuan kewangan dan ketenteraan yang baharu.

Dalam masa sama Johnson memaklumkan, negara-negara yang menyokong Ukraine akan terus memperketat sekatan ekonomi terhadap Moscow.

Kaedah sekatan termasuk menafikan penggunaan hidrokarbon Russia.

Zelenskiy menerusi saluran Telegram, menyifatkan Johnson sebagai pemimpin yang mempunyai prinsip terhadap pencerobohan Rusia.

Antara lain, menguatkuasakan sekatan terhadap Rusia dan menyediakan sokongan pertahanan kepada Ukraine.

Media Baharu