fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Pakistan disingkir

ISLAMABAD, 10 April - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tersingkir daripada jawatan nombor satu kerajaan.

Beliau digulingkan selepas tewas dalam undi tidak percaya di parlimen.

Undian diadakan lewat tengah malam.

Ia dibuat susulan usul dikemuka parti pembangkang.

(FOTO AFP)

Susulan itu, Pakistan perlu melantik Perdana Menteri baharu bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Untuk itu Parlimen Pakistan akan bermesyuarat esok untuk mengundi pemimpin baharu negara.

Perdana Menteri baharu itu akan memegang jawatan hingga Oktober 2023 sebelum pilihan raya baharu diadakan.

Imran merupakan Perdana Menteri Pakistan pertama yang digulingkan menerusi undi tidak percaya. - AFP

Media Baharu