fb fb fb fb fb

Tekanan terhadap rejim zionis, Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan / Foto Fail Reuters

ANKARA, 3 Mei - Turkiye menghentikan semua eksport dan import ke dan dari Israel susulan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.

Kementerian Perdagangan Turkiye memaklumkan langkah itu akan kekal dikuatkuasakan sehingga satu gencatan senjata di Gaza dapat dicapai.

“Urus niaga eksport dan import berkaitan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk. Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas sehingga Kerajaan Israel membenarkan pengaliran bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan berterusan ke Gaza,” kata kementerian itu menerusi kenyataan.

Kementerian juga sedang menyelaraskan dengan pihak berkuasa Palestin bagi memastikan rakyat Palestin yang terpaksa tinggal di bawah pendudukan Israel tidak terkesan dengan sekatan tersebut.

Menurut Institut Perangkaan Turkiye, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah AS$6.8 bilion pada 2023, dengan eksport Turkiye merupakan 76 peratus daripada jumlah keseluruhan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN