fb fb fb fb fb

Bas hilang kawalan, 20 orang terkorban di Pakistan

Foto Fail

KHAPLU, 3 Mei- Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di sebuah kawasan pergunungan, utara Pakistan, hari ini.

Menurut pegawai polis daerah, Azmat Shah pemandu bas berkenaan didapati hilang kawalan di selekoh berhampiran bandar Chilas di wilayah Gilgit-Baltistan.

"Wakil penduduk mengumumkan berita kemalangan itu daripada pembesar suara masjid dan menggesa orang ramai menderma darah untuk mangsa yang cedera.

"Seramai 21 orang cedera dalam insiden terbabit. Daripada jumlah berkenaan, lima orang berada dalam keadaan kritikal," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari ibu kota Islamabad ke Gilgit. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM