fb fb fb fb fb

Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi, mangsa nahas helikopter

'Lautan manusia' mengiringi pengebumian Presiden Raisi, mangsa nahas helikopter
'Lautan manusia' mengiringi pengebumian Presiden Raisi, mangsa nahas helikopter

DUBAI, 21 MEI – Puluhan ribu rakyat Iran keluar ke upacara perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi di bandar Tabriz selepas pemimpin negara itu terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran sempadan Azerbaijan bersama menteri luarnya dan tujuh yang lalin pada Ahad lalu.

Sebuah stesen TV tempatan menyiarkan secara langsung upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas helikopter itu.

"Semua orang datang dari pelosok negara untuk mengucapkan selamat tinggal kepada presiden yang mati syahid dan sahabatnya tanpa mengira puak, etnik atau bahasa mereka," kata ahli parlimen Tabriz, Masoud Pezeshkian.

Penyokong Revolusi Islam membanjiri jalan-jalan di ibu kota untuk memberi penghormatan terakhir kepada Raisi dan pegawai-pegawai lain yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei di barat laut Iran.

Iran mengisytiharkan lima hari berkabung untuk Raisi.

Suasana itu mengimbau kembali ketika kematian komander kanan Pengawal Revolusi Elit, Qasem Soleimani yang terbunuh oleh peluru berpandu AS di Iraq pada tahun 2020.

Kematian Soleimani turut dibanjiri lautan manusia yang dalam kesedihan dan juga kemarahan.

Mayat Raisi diterbangkan dari Tabriz sebelum menuju ke bandar suci Qom kemudian dihantar ke kampung halamannya di Mashahd, timur Iran untuk dikebumikan pada Khamis.

Presiden Iran, Raisi bersama Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian dan pegawai-pegawai Iran lain berada dalam penerbangan pulang daripada majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter mereka terhempas di kawasan pergunungan di Wilayah Varzaghan.

Kesemua yang berada di dalam helikopter berkenaan terkorban dalam nahas itu. REUTERS

aidan