fb fb fb fb fb

26 lagi terbunuh di Gaza

GAZA, 23 Mei - Seramai 26 orang terbunuh awal pagi tadi dalam dua serangan Israel di Gaza.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Mahmud Bassal berkata serangan pertama Israel yang menyasarkan sebuah kediaman; menyebabkan 16 orang terbunuh.

Serangan kedua Israel pula menyebabkan 10 orang lagi terbunuh di sebuah masjid.

"Mangsa maut termasuk sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak.

"10 kanak-kanak terbunuh apabila rumah keluarga mereka diserang di kawasan kejiranan Al-Daraj di Gaza City

"Lima lagi kanak-kanak terkorban apabila sekolah mereka yang terletak di dalam kawasan masjid dirempuh Israel.

"Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar beberapa mangsa yang cedera dalam serangan itu," katanya kepada AFP. - AFP

Customer Support