fb fb fb fb fb

Taufan Yaku landa Peru

(Foto REUTERS)

PERU, 15 Mac- Peru mengeluarkan amaran merah untuk Lima dan kawasan sekitarnya selepas kemusnahan berlaku disebabkan Taufan Yaku.

Menerusi saluran televisyen, Presiden Peru, Dina Boluarte berkata taufan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya enam terkorban di wilayah utara.

"Berpuluh-puluh keluarga meninggalkan kediaman mereka.

"Taufan Yaku menyebabkan hujan lebat di banyak kawasan metropolitan, sekaligus mengancam nyawa orang ramai," katanya.

Sementara itu, Perkhidmatan Hidrologi dan Meteorologi Kebangsaan Peru (SENAMHI) menjangkakan Yaku akan meninggalkan wilayah Peru dalam beberapa hari akan datang. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu