fb fb fb fb fb

Tentera Korea Selatan, AS adakan latihan bersama

(Foto REUTERS)

YEONCHEON, 15 Mac- Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan ketenteraan bersama-sama dan berlatih membina jambatan pontun.

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, ia untuk mengangkut kenderaan berperisai serta peralatan ketenteraan lain merentasi sungai.

"Kira-kira 400 askar, 50 peralatan tentera dan dua helikopter Apache digunakan dalam latihan itu," katanya menerusi kenyataan.

Menurut pihak sekutu, latihan tersebut perlu memandangkan Korea Utara telah melancarkan sejumlah rekod peluru berpandu tahun lalu.

Ia sekali gus meningkatkan kebimbangkan letupan nuklear baharu buat kali pertama sejak 2017.

Dalam pada itu, Korea Utara menganggap latihan berkenaan untuk pencerobohan serta bukti dasar bermusuhan dari Korea Selatan dan AS. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu