fb fb fb fb fb

PBB kecam arahan Israel, penduduk Gaza semakin terhimpit

Foto fail/REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 21 Julai -Tentera Israel mengarahkan penduduk di kawasan Deir el-Balah, Gaza, supaya berpindah ke selatan.

Tindakan itu mengejutkan dan menyulitkan kepada usaha kemanusiaan di wilayah yang dilanda perang itu, kata agensi bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) dalam satu kenyataan, memberi amaran
bahawa arahan pemindahan besar-besaran yang dikeluarkan tentera Israel itu telah memburukkan lagi keadaan bantuan kemanusiaan di seluruh Gaza.

"Arahan pemindahan besar-besaran yang dikeluarkan hari ini oleh Israel telah memberikan satu lagi tamparan hebat kepada saluran bantuan yang sudah sedia rapuh dan menjadi talian hayat kepada penduduk Gaza," kata OCHA dalam kenyataan itu.

Langkah tersebut dijangka terus menyukarkan operasi bantuan serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang berterusan di wilayah yang dikepung itu. - AFP

TETITIA YUSOFF